Sunday, October 14, 2018

90 DAYS FIANCE


Happily ever after?

Entah sejak bila aku berminat dengan reality show macamni. Sebab akan sentiasa ada orang follow kita setiap hari dan paparkan daily life kita kat seluruh dunia. Dan ada kemungkinan yang teruk dan buruk tidak ditapis, sebab itulah rencah paling sedap dalam siaran pihak stesen tv.

Ok. Dalam rancangan '90 days fiance: Happily ever after?' ni, kisah dia macamni. Berkisarkan pasangan berlainan negara (1 pihak warga America, the other dari negara lain) yang dikenali melalui socmed or di America biasanya.. berkenalan dan setuju untuk kahwin. So, pasangan yang luar America ni akan datang sebagai pelawat selama 90 hari ke America untuk berkahwin dalam tempoh 90 hari bagi mendapatkan pas untuk menetap secara tetap di sana yang dipanggil Visa K1 atau Green Card. Ada beberapa syarat sebenarnya untuk dapat green card ni dan ada beberapa perkara yang perlu dipandang serius. Antara syarat yang aku tau, kalau lelaki yang datang untuk berkahwin dengan American girl, pihak girl kena ada penjamin untuk tanggung kewangan si lelaki selama 10tahun. Agak tak clear kenapa macamtu, aku cuma tahu gitu saje. Then kalau dah cerai dan tak berjaya buktikan laki tu sekadar kahwin untuk menggunakan pihak perempuan, still si penjamin kena bertanggungjawab atas financial si lelaki tu. Tapi kalau bukti kukuh yang si lelaki tu berniat jahat, boleh mohon di mahkamah untuk tarik balik Visa K1 or Green Card tu dan halaulah laki tersebut ke negara asal depa. Maka, selamatlah pihak perempuan dari helah si lelaki hidung belang.

Untuk girl yang kahwin laki America aku tak pasti. Maybe macam Anfisa, dia memang kahwin dengan George yang memang berduit so takde hal kot dari segi jaminan tu. Macam Paola kahwin dengan Russ tapi dia yang bekerja pada mulanya so aku pun krikkrik dia punya situasi. Tapi sekarang Russ dah kerja la. Ok itu antara 2 feveret couple sebab girl dia so sexeh! Ahah! Laki pulak, memang Muhammad tu hensem tapi memalukan Islam sebab dia rubbish. Lols. Danielle patut sedar, lelaki sehensem Muhammad ni confirm akan cari yang sexeh mexeh punya! Hurmm..

Memang banyak lelaki yang trash dalam reality show macamni. Aku tak sangka la depa tak cover line eventho dirakam segala bagai. So that tak rugi jugaklah tonton rancangan ni.. kita boleh tengok apa masalah dalam hubungan pasangan lain, yang mana mereka memang tak sedar tapi kita yang menonton ni dah nampak itu lah puncanya. Hmm.. mungkin dengan pelajaran secara tak langsung ni akan menambah ilmu kita dalam memperbaiki sebuah hubungan..


Sunday, October 7, 2018

CINTA

What?

Susahnya nak cari 'punca' untuk jatuh cinta. Sebab serik yang melampau pada kaum korang-korang ni, aku jadi macam.. hmmm.. ada, tak ada, tetap sama. Tak ada beza. Hat nafkah pon carik sendiri.. nafsu pon kau yang puas. Aku?

So atas dasar pengalaman aku dengan jantan tagune (wah, dah macam gelaran orang Hawaii plak! Kah!) Aku pun tak suggest diri aku untuk jatuh cinta lagi. Cinta ok.. cinta. Sayang is so easy. Cinta itu perlu dari hati. Setakat sayang, kawan2 lama semua aku sayang. Tak perlu nak tekel hati bagai. Tapi bab cinta.. macam lagu Aku Cinta.. peh peh.. feelings sat. Uhuk.

Ok now. What happen? Aku tak mahu cerita lah camana kekdahnya pertemuan - teguran - kerapatan - kebidasan - kecubafahaman - dan akhirnya keterbagian peluang itu terjadi. Ahahaha saitons sungguh ayat itu. But then, that is somewhat u can called 'chronology' terjadinya kisah ini. Ewah!

Bukan senang tau nak terima beliau. Dan bukan senang beliau nak masuk line. Dari nak dapat fon number sampailah nak text permulaan. Aku dok das je semua yang aku rasa tak kena. Kerja? Rokok? Makan? Penampilan? Penyakit? Eh semua benda aku kecam. Ahaha punyalah aku benci kat kaum tagune ni. Sampaikan selamba badak aku saun cakap 'laki semua sama' dan beliau masih bertenang dan sabar. Yes, that's the keyword. SABAR.

Aku sejenis tak sabar. Bukan penyabar. Dan hanya belajar sebut 'sabar.. sabar..' sampai masa - pom! Kahkah! Apa terjadi sepanjang dia dapat hati aku? Yes, aku ni di'sabar'kan oleh beliau. Dia ajar aku banyak benda yang aku perlu sabar. Juga benda yang tak penting untuk aku hiraukan supaya aku jadi penyabar. Juga sebab musabab aku mesti sabar. Eh, ada bezanya tau! Aku pun tak sangka. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar kejadian. Eh sampai orang peliklah aku tetiba mempunyai kesabaran sehebat itu!

Jenis aku, memang aku lebih suka lelaki decide. But then biarlah decision yang tepat. Sebab dulu aku bagi kaum tagune control dan ok aku tak mahu ulas sebab rosak artikel spesel ni nanti. Uhuhu.. so beliau simple. Aku tak reti, beliau decide. 1st time makan sama, terus dia decide. And 1st time keluar sama, terus dia bawak aku makan nasik tepi jalan! Ahaha.. and yes, aku kira lebih 100 kedai mamak kitorang dah pegi sepanjang tempoh bercinta. Lols.

Same goes to barang yang nak beli. Beliau nak belikan kasut, takde nak tanya aku nak pakai brand apa bagai. Pergi mall, masuk kedai. Pastu suruh aku belek-belek dan opkoz aku carik yang murah sebab duit orang kan.. tapi beliau tengok aku lost (or tau aku risau harga), pilih 2-3 jenis then suruh aku try. 'Haa ni lawa.. cuba jalan' hahaha ni aku lemah. Nak suruh catwalk 1 kedai. Kahkah. Aku jalan ala-ala pastu beliau kata ok kan? Aku kata mahai sikit, beliau kata ok ke tak? Aku angguk so terus beliau bagi sales girl and bayar. Sama gak beli sandal. Ada buy 1 free 1. Beliau masuk, tengok ramai orang belek-belek. Takde makna.. dicapainya 1 pair suruh aku try. Muat. Belek sikit, jumpa lagi 1 pair, muat. Ok cantik kata beliau. Apa lagi.. terus bayar. Ahaha! Aku be like..aduyai.. express naaa pacik oii!!

Aku suka laki yang relax macamni. Yang penting.. penyabar. Dia sabar punya lama semata nak dapatkan kepercayaan aku. Pastu baru dia tekel hati aku. Dan benda paling penting. Bab pilih kedai makan setiap kali ngedate. Eh, memang kalau aku tak cakap nak apa.. dia menuju je mana dia rasa ok. The best thing is.. selalu tempat berbeza. Dia takmo aku bosan kut.. so tukar-tukar. Tapi kalau nak makan betul-betul, bukan yang ringan-ringan (haa... pikir ape tu! Huh!) beliau akan makan tempat yang betul sedap. Biasanya aku akan komplen.. 'ala namo situ, macik tu suka awak' hahaha beliau be like.. 'mana ade.. takde maknanya' tapi pernah je beliau search yang lain sampai ke ceruk-ceruk semata aku takmo jumpa macik feveret dia. Lols. Tapi ayat biasa beliau.. 'jauh la yang.. saya lapar dah ni' Fine fine fine..

Benda lain.. sama saja. Yang penting bukan janji pelesu. Alah, pernah je kena..tapi pandai buat taulah akibat. Lols.
Kan aku dah cakap, laki semua sama saje. Kahkah! Ape.. nak marah lettew.. wekkk!!

So itu saja for the time being. Malas lah nak berjela.. kalau menjadi baru kita tepek gambar ye. Ahaha.. why so happy mumy? Eh, takkan nak nangis pulak! Muaxciked!

P/s: kepada yang dah ada pengganti tu.. pi main jauh-jauh k,. Syuh syuh.. jangan kacau cinta orang. Bahahaha!

Friday, August 24, 2018

HKL

Hantu Kak Limah!

Sehingga umur aku 35 tahun ni (yes, hakak dah tua nok!) Aku hanya tahu HKL is Hospital Kuala Lumpur. Dan yes, again.. rupanya tahun 2018 ni keluar pulak istilah baru HKL iaitu Hantu Kak Limah.

Kira2 10 tahun lepas (lebih kurang) masa tu viral movie Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid sekaligus melonjak nama beliau dalam karya filem macam ni. Aku tak pasti kalau dia memang top sebelum tu sebab aku kenal melalui filem zombie ni. Dengan pelakon yang hebat - ofkoz Awie! Aku memang enjoy abis. Dan filem dia expand dan lagi dan lagi sehingga lah filem HKL ni wujud. Sebelum ni orang taklah highlight sangat dengan title HKL ni. Tahun ni macam meletop2 mungkin dengan promo yang hebat, lagu yang legend dan ofkozlah- HKL kot!

Aku? Asalnya nak ajak Manda je.. tau2 dia dah tengok dengan yang lain.. then aku tunggu masa je lah orang tu ngajak.. tapi harapan je kot sebab beliau musti kata 'tunggu raya tahun depan keluar kat Astro.' Hmm.. Agak2 ada ke yang nak mengajak nih? Memanglah ada.. tapi aku tak mahu dengan depa.. so memang aku takkan melayan lah yang lain tu! Faham kan...

Tapi harini aku betul2 tercabar.. bak kata oghang Peghok, 'tecabo teman aih!'. Aku baru balik dari bawak anak2 jog dari pagi.. yang kononnya hanya jog.. tapi kejadian asalnya.. jog 15mins - then main taman 1/2jam - then makan Spaghetti Olio Seafood & Pepperoni Pizza Milano - then main Didi - pastu makan pulak aiskrim Snowball Bingsoo pastu beli barang Manda dan pulang ke rumah dengan penuh keletihan sebab memasing tumbang dalam Grab! Oleh kerana dah tumbang awal, so sampai rumah semua masih mamai dan nak sambung tidur. Tetiba tengok Opah Manda tengah bersiap2 nak keluar.

'Opah nak pegi mana?'

'Nak keluar dengan kawan opah tengok wayang.'

'Eh ye ke opah..'

'Yelah, opah nak tengok Hantu Kak Limah.'

Opah Manda pun suruh aku ambikkan Grab untuk dia then keluar bertiga dengan machik2 yang aku kenal.

Jam pukul 8 malam Opah Manda call mintak panggilkan Grab untuk balik. Sampai je rumah.. Manda tak tunggu lama.

'Opah tengok wayang ke?'

'Yelah. Opah tengok Hantu Kak Limah. Semua cakap best. Opah pun nak tengoklah. Rupanya Onyang pun tengok jugak Tok Yop bawak!'

Ah sudah! Aku tepuk dahi. Mana boleh jadi. Aku tak tengok lagi ni.. Sapa nak bawak aku ni???

#foreveralonemodeison
#dekattapijauh
#naktengokjugakkk

Thursday, August 23, 2018

SMART KIDDOS

Korang ada anak? Lelaki atau perempuan? Umur berapa?

Ok. Mine is a girl age 9. This chiquitita is so smart. Dari segi apa? Banyak.. mungkin sebab 'pengalaman' dia banyak jika dibanding dengan kanak2 seusia dia yang lain. Dia banyak tengok kesakitan dan kesengsaraan mumy since dia kecik dan.. mengalaminya sendiri seawal 6 tahun! Dijauhkan dari mumy dan ditegah untuk ingat kat mumy.. dan.. banyak lagi yang dia cerita dalam tempoh sebulan dia di 'neraka dunia' bagi dia tu. Bayangkan akibat kejadian tu dia jadi trauma dengan 'negeri' tu.. dan apa sahaja berkaitan mereka2 yang menzalimi my little doter pada waktu itu.. makan tahun jugaklah dia trauma. Sekarang dah tenang sikit.. but still tak mahu dengar beberapa 'perkara berkaitan'.

Ok cerita bermula. Aku memang agak strict dengan dia even dia seorang (tunggal). Manja is a must but kena dengar cakap mumy lah. Bukan manja yang semua dia betul, semua boleh dapat. Nope! But then, apa yang dia hajati aku cuba penuhi asalkan dia perform well. Dulu memang melekat je dengan aku. Mana nak pergi, mumy nak keluar, nak kerja, ot.. kalau boleh semua nak ikut. Yelah, dia masih trauma.. bangun tidur mumy takde kat sebelah je boleh buat dia menangis sepanjang pagi sebab dia pernah berjauhan. So rutin pagi (sampai sekarang) kalau nak keluar pagi (kerja, ot, ngedate- eh!) kena inform dia. Kejut sampai dia bangun (tak susah pun, panggil je kak.. kak.. kakakkkk...) dan tunjuk muka kita dah bersiap nak keluar. Then dia akan decide nak bangun ke, nak tidur bawah ngan opah ke.. atau sambung tidur dalam bilik. Simple.

Sejak tahun lepas, dia mula jadi bodyguard Pak-A. Asal nak keluar je- Manda. Sebab Luqman memang asek 'kakak.. kakak..' je kerjanya. Tu belum lagi ikut Abah, Achak, Opah.. kalau ikut Opah balik kampung, dia memang suka ke dusun pastu sungai (lata) tapi tengok jugaklah kalau ada yang bawak. Tapi kalau aku kata NO, memang tak pergilah. Achak pulak suka bawak pergi rumah Qaseh - Qalisha ataupun balik Behrang kampung Achik. Kadang ke Klang jumpa Kakak Pia ngan Abang Alif. Sebab tu lately mana dia nak ikut mumy sangat. Sampaikan kawan opis mumy yang bertanya, 'Manda mana? Lama tak bawak dia.' Mumy cuma boleh cakap, Manda dah kena book. Lulz!

Kalau dari segi kelakuan tu taknak cerita lebih lah. Dia punya disiplin dalam bilik, aku ajar kemas, lipat kain, simpan kasut mahal kat bilik, simpan barang mainan mahal, asingkan toiletries sendiri, buku sekolah, duit, semualah! Ada juga yang opah dia ajar macam cuci pinggan, jemur kain, sapu sampah.. dah 9 tahun boleh dah tau semua tu. Manda belajar basuh kasut sekolah umur 8 tahun. Masa tu mumy OT and memang balik je- pengsan! So opah dia cakap suruh ajar dia basuh sendiri tapi I be like.. 'orang pun ayah ajar masa std 4. Nantilah dulu..' tapi opahnya kesiankan mumy, so diam2 dia ajar and mumy balik OT je terus Manda cakap - 'Mumy, saya basuh kasut sendiri!'

Tapi bukan itu yang aku nak highlight harini. Ni pasal kecerdikan dia mengadjust mumy sesuki dia. Actually dah banyak kali 'terkena'.. asal nak ajak keluar weekend je, ade je aktiviti dia. Jadual dah full termasuk Taekwondo. Aku bengang jugak tapi nak buat macamana.. dia set semuanya.

Sempena Hari Raya Haji sekali Cuti Sekolah ni, aku pun ambiklah cuti 2 hari. Cadangnya boleh spend more time dengan chiquitita. Alih2 dia cakap..

'Mumy, Luqman raya kat sini tau. So hari Isnin, Selasa saya ikut Pak-A blablabla.. Raya nanti kitorang tengok lembu pastu blablabla.. Khamis kitorang pergi mandi swimming pool pastu Jumaat blablabla..'

I be like.. what?? 'Ei awak, mumy cuti lah Khamis, Jumaat. Kita tengok wayanglah jom! Mumy nak tengok Hantu Kak Limah.'

'Ala.. kitorang dah tengok haritu dengan Pak-A, Abah, Ibu. Mumy rehat jelah kat rumah ye.. mumy penat kan.. takpe rehat je..'

Hahahahahaa.. at this time aku dah ketawa sebab like.. hoi! Penat je aku cari masa nak treat ko kak oi! Ko pulak adjust jadual sesuki. Hmmm... aku geleng kepala dan aku cakap 'Fine. Taknak kawan!' Pulak diorang kesah? Hahaha!!

Harini. Khamis. Lepas isyak. Manda naik bilik. Actually mumy sedang kerinduan so mumy fikir nak tidur lah! Baru dapat sepotong wasap dan tiada sambungan mumy rasa macam.. hmm baik tidur!

'Mumy, esok saya teman mumy tengok wayang Hantu Kak Limah. Tapi bawak Nisa tau. Saya dah bagitau ibu. Takpun kalau mumy taknak tengok wayang, kita pegi jogging pun ok.'

Hah? Eh eh jap.. ni ape ni? Sesuki je eh-

'Awak dah bagitau ibu? Kenapa tak tanya mumy dulu?'

'Alah, takpe lah mumy. Saya ok je teman mumy tapi bawak Nisa tau. Kesian dia. Luqman nak balik dah ni-'

Oh.. patutlah nak teman mumy. Sebab plan esok tak jadi. Tunda Sabtu. So dia bosan duduk rumah, dia set plan untuk kita pulak? Gitu?? Grrr... maroh ni..

'Hmm, takpelah. Mumy letihlah kak. Mumy nak tidur je esok. Mumy taknak keluar, taknak tengok wayang. Kan awak dah taknak ikut mumy. Pergilah berdua ngan Nisa, pegi naik Grab.'

'Janganlah mumy.. ala jomlah mumy. Jogging je boleh lah takpe tak payah tengok wayang.'

Tau pulak dia kos berjogging is cheaper than wayang. Hahahaha!! Kelakar lah ko ni kak..

Aku pun, apalagi. Macam2 syarat aku bagi. Buatkan air Milo suam untuk mumy, jangan nakal, tidur awal, siapa degil esok terus cancel. Hahahaha.. kena gertak juga sekali-sekala. So itulah dia.. betapa smartnya my chiquitita mengalahkan mamacita! Yes, I cannot explain the exact situation here but itulah lebih kurang. Kalau tengok memang aku menahan ketawa je tadi.. siap tentukan pukul berapa nak keluar bagai. Aku dulu umur 9 tahun masih mengekor belakang bontot mak, tidur bawah ketiak ayah dan nak buat decision sendiri memang TAKLAH! Sebab tu bengap sampai ke sudah..

Wednesday, August 22, 2018

KORBAN

Apa pengertiannya?

Secara dasarnya ialah melepaskan sesuatu milik kita.. untuk orang lain atau ke arah kebaikan/ kebajikan. Itu yang aku faham. Seperti yang kita tahu, setiap Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji) mesti ada yang buat korban atau aqiqah (qeqah) dan setahu aku daging tu afdhal dimasak dan dijamu kepada yang memerlukan. Atau dijamu kepada semua.. biasanya penduduk setempat.

Tapi perlu diingat, raya haji ni bukan semata buat korban atau qeqah. Benda yang selalu orang kejar ialah buat ibadah haji di Mekah. Impian? Siapa taknak jejak Mekah? Berdoa depan Kaabah? Dengan segala kepayahan dan kesengsaraan yang aku alami selama ni, aku nak sangat sujud depan rumah Allah SWT sambil menangis dalam doa yang panjang.. mengadu nasib yang malang sambil berharap kebahagiaan yang diidam.. sebab aku dapat rasakan semakin lama semakin berat cabaran yang datang. Dan kalau lah boleh, aku nak pergi terus ke sana dan semoga ajal di sana juga. Tak payah balik sini dan bersedih lagi..

Ok, back on track. Bukan aku seorang je yang teringin ke sana. Percaya atau tak? My chiquitita pun sama!! Yes, so unexpected! Pada usia 9 tahun si anak kecil yang bijak ini menyimpan hasrat ke tanah suci. Asalnya, pagi tadi masa makan nasi impit kuah kacang and rendang ayam.. aku tengok tv. Astro Oasis tak silap. Ada pasal kembara umrah something tajuk dia.. masa baru on channel tu dia tengah cakap pasal 'tahallul'. Aku pun cam nak tau tetiba.. pastu ada Ustaz Don. Dia pun terangkan.. lepas Saie ialah Tahallul iaitu mencukur atau menggunting. Kalau lelaki seeloknya mencukur sebab pahala 3x lebih dari menggunting.

Tetiba Manda pun start tanya.. (ok. Actually aku tak sedar dia fokus pada rancangan tu. Sumpah aku tak sedar sebab dia asek cakap nak kuah sayur tapi sayur tu kurang kuah so aku fikir dia moody dan tak fokus rancangan tu).

'Mumy, kalau perempuan.. dia kena botak jugak ke?'

Dan.. Sebenarnya aku pun tengah fikir benda sama! Allahu.. malu aku sebab memang tak pernah ambik tahu hal ni. Ye, aku teringin tapi tak sampai tahap nak memahami dan ambik tahu secara bersungguh.

'Sebenarnya kak.. Mumy pun tengah fikir jugak ni. Takpe mesti dia bagitau lepasni.'

Then muncul seorang perempuan (tak pasti ustazah ke ape) terangkan tahallul versi perempuan iaitu memotong rambut sepanjang ruas jari. Aku pun tunjuk la kat Manda.. 'haa.. potong macam Ustazah tu cakap. Panjang ni je.. tak payah botaklah.'

'Mumy, boleh tak kita pergi sana? Saya teringin sangat nak pergi. Mesti best.'

'Boleh, insyaallah. Simpan duit belanja sekolah. Jangan lah asek habiskan je..' sambil jari aku tekan manja hidung dia. Terkekek dia gelak sebab memang lately liat beno nak saving belanja. Berdoalah kakak.. ada rezeki, sampailah kita.. amin..

*sedang berkorban.. masih berkorban.. dan entah sampai bila mampu bertahan..