Wednesday, July 4, 2018

ADAM RAYQAL

Sedap nama, secomel wajah. Sekali pandang, rasa tenang. Berkali pandang, senyum sorang. Sucinya wajah anak kecil ini walau ditatap gambar selepas ketiadaannya di dunia..

Seperti kita maklum, negara hari ini dikejutkan kisah tular seorang bayi (masih bayi kerana baru 5bulan) yang ditemui mati dan disumbat di dalam peti sejuk rumah pengasuh! Peti sejuk? Apa yang pengasuh ni fikir agaknya?

Banyak kejadian 'salahlaku' pengasuh dalam 5tahun kebelakangan ni. Kalau diperhatikan kes yang agak sensasi.. Pengasuh mengikat anak2 jagaan supaya tidur! Anak jagaan yang ramai membuatkan pengasuh tak boleh kawal sampai ikat kaki tangan dan paksa tidur adalah kesalahan besar! Kes ni memang rare tapi tak mustahil banyak berlaku. Tetapi kebanyakannya kes anak2 jagaan mati tersedak susu, kes penderaan dan mati akibat kecederaan di pusat jagaan.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kalau punca anak2 nakal.. adakah semua anak akan duduk diam dan tak melompat? Adakah kita dulu masa kecik tak berlari satu hall sambil menjerit dan conteng dinding? Jadi, sangat tak munasabah kalau nak salahkan anak2 dalam hal ni. Nakal tu lumrah. Kalau jahat tu, haa lainlah!

Nak salahkan penjaga tak cukup.. anak2 ramai sangat yang dijaga. Kenapa over limit? Tahu tak setiap penjaga taska/ pengasuh kena pergi kelas under JKM untuk pastikan mereka layak mengasuh? Siap ada kiraan, 1 pengasuh jaga 5 toddler @ 3 baby tak silap. Bukan suka2 seorang pengasuh jaga anak2 penuh 1rumah. Kalau nak sendiri lain kisahnya, ni anak orang..

Apa yang aku nampak?

Lately pengasuh atau pembantu rumah main hentam kromo je masuk bidang ni. Sebab apa? Duit.. ini yang paling mudah. Kalau yang niat baik ni, nak carik rezeki halal. Yang kalau yang jahat, dia sampai nak jual anak tu. Tapi apa yang aku pernah nampak depan mata ni.. yang selalu 'bermasalah' menjaga ni adalah pengasuh muda. Ada beza pengasuh di taska dan rumah. Kalau di taska, biasanya dah ada jadual dia.. so anak2 lebih teratur dengan jadual pengasuh. Hari2 buat rutin sama lama2 anak2 boleh adapt dengan keadaan tu. Memang akan ada la acara melompat, menjerit, bergaduh rebut makanan tapi itu semua benda biasa dan tak la sesusah mana nak handle.

Pengasuh di rumah.. tiada jadual, tiada rutin harian dan tiada pemantauan. Jiran aku penah kena.. dia pergi kerja. Anak dijaga budak muda. Tiba2 mak aku nampak anak2 dia main pasir kat luar rumah, pengasuh main henpon! Aduhai.. ape lagi mak aku repot la sampai dia balik mengejut buat spotcek. Lepas tu baru la pengasuh tu okay! Tapi itu yang bernasib baik ada yang nampak. Kalau tak nampak?

Aku tak pastilah kalau ada kena mengena dengan dendam ke atau penyebab lain dalam kes ni. Tapi secara kasarnya aku rasa pengasuh tu lalai sampai budak injured then tak tahu nak buat apa so pegi buat repot palsu. Mungkin dia xterfikir polis akan cek rumah kalau dia kata bayi tu dilarikan. Tapi dia lupa.. polis tu bukan baru handle 1-2 kes.. beratus kes diorang dah hadap. So boleh tahu penipu atau tak si pengadu tu.. akhirnya dia terjerat sendiri.


Tolonglah.. sebagai seorang ibu, aku rayu janganlah ambik mudah nyawa anak orang.. walaupun anak aku sorang, walaupun akan tambah (eh!) Rayuan aku tetap sama... kasihanilah anak2 tu. Kalau rasa dah limit sangat, pulangkanlah kepada parents secara baik dan bagitahu tak boleh handle. Jangan kerana duit 1k sebulan, kau bakal ke tali gantung selamanya..

Alfatihah buat anak syurga.. semoga tenang di sana..

No comments: