Disiplin sangat penting. Sejak kecik aku memang agak berdisiplin. Susah nak ponteng sekolah atau mc ke ape.. sebab mak garang! Kahkah! Ayah pulak orang kuat sekolah. AJK PIBG hokey.. since Bae sampai Achak then ayah pun rasa dah tak larat nak pegang jawatan (tapi sentiasa dicalon sebab pihak sekolah sangat sukakan ayah - hahaha) so aku mintak tukar sekolah masa std 5 dari SRK(1) Kuala Ampang ke SK Ampang diterima dengan hati terbuka oleh ayah. Alasan aku sebab SRK(1) tu lain sikit method persekolahan dia. Masa zaman Bae, diorang buat 1/2 year sesi pagi then 1/2 year sesi petang. Tapi time aku, 1 year pagi, 1 year petang. Kiraan dia, std 6 aku sekolah petang. Disebabkan aku masuk Sekolah Agama.. so susah kalau macamtu. Sebab mostly std 6 kelas agama sesi petang dan aku takde kawan dan menyusahkan untuk ambik SPRA (Sijil Penilaian Rendah Agama) nanti.
So bila dah tukar masuk SK Ampang (SKA) aku lebih dekat dengan team D'KRUz. Tapi kepala kepada 'plan memonteng ni' aku ngan Anim je sebab kitorang minat Maskman dan Flashman - Superhero baru pada masa itu dari Japang. Makanya setiap Khamis dan Jumaat mulalah aku ngan Anim cakap sakit kepala lah mual2 nak muntah lah gastric lah - sampai mak dia ngan mak risau so kitorang dibenarkan monteng! Modus operandi dikesan mak Anim aka Mak Usu dan dia plan dengan mak pulak. Sebab asal Khamis, Jumaat je pening.. apekes kan? Sekalinya.. pukul 5 (waktu Maskman bersiaran hari Jumaat) kitorang terus segar dan melompat depan tv. Mak pun ape lagi.. siaplah hantar repot dan Mak Usu balik warning no Maskman- Flashman after this! Wuwuuuu..
Oleh kerana budak sekarang banyak masalah disiplin, aku memang selalu baca dan kaji apa patut buat dan tak patut selain berbincang dengan pihak di sebelah sana (sana yang baru ya bukan yang dah berulat ittew- uhuk) how to raise our kids dengan manners. Selain kita tak tersepit dan tersalah laku pada anak2, kami saling mengingati dalam banyak hal. Dia pun rajin share so emm.. ok no komen. Herherrrr
Salah satu sebab aku nak sangat Amanda masuk taekwondo adalah disiplin. Aku tengok beliau sebagai seorang atlet ada disiplin terhadap sesuatu sukan tu. Lelaki yang disiplin ni sumpah nampak hensem hahaha! Eh sukatilah.. ma ayess! Hahahaha.. so aku tengok Amanda minat taekwondo dari kecik sebab asek cakap "mumy, saya nak masuk hiyark-hiyark" sebab tu jugaklah aku korban masa dan wang untuk penuhi minat dia. Dia pernah cakap, nanti nak jadi doktor pastu nak ajar orang taekwondo lawan musuh. Aku cakap, kalau awak dapat black belt macam sir and teacher awak boleh ajar macam diorang even awak seorang doktor! So dia suka dan bertambahlah keseronokan dia belajar taekwondo every weeks.
Tapi tu lah.. kadang aku lupa dia masih kanak-kanak. Kids are still kids. Aku mungkin terlalu push untuk dia tunai janji. Dia dah ponteng 2weeks masa puasa. And 2weeks masa raya tanpa ganti kelas. Aku risau grading bulan 9 nanti. Dia nak ponteng sebab benda remeh je- mandi kolam! Aku cakap rumah Kepong ada kolam, sabar sikit je lagi kita dapat rumah balik awak terjunlah hari2 kak.. tapi tu lah.. dugaan dia.. orang cuti, dia kelas. Kejap je pun tapi sebab takut penat, aku terpaksa kawal aktiviti weekend dia. After all dia okay.. kepada pihak yang nak tuduh aku push anak tu.. pi tanya Sheikh Muszaphar tu camana dia push anak to the limit. Selagi boleh katanya sebab anak2 masih boleh serap dalam tempoh usia macamni. Aku tau aku tak mampu bagi banyak.. tapi aku harap dengan sedikit 'disiplin' yang aku bagi ni dapat bentuk dia jadi manusia terbaik. Insyaallah..
Semoga kakak tabah.
No comments:
Post a Comment