Sunday, July 1, 2018

LOVEABLE

Assalamualaikum..

Lama tak mengarang. Melepaskan hobi kerana 'pembawa bencana' memang mengarut. Tapi takpe, si bencana dah tiada.. tiada.. dan tiada lagi.. insyaallah..

Tahun ni.. Amanda puasa 24hari. 5hari awal tu macam2 alasan dia bagi. Sebelum start puasa, dia dah tanya siap2.

"Mumy, puasa nanti cuti lama tak macam darjah 2 (2017)?"

"Takde."

"Ala.. macamana saya nak puasa? Nanti saya penat, haus, lapar.. kena puasa tak?"

"Kena."

"#@£&##%\¢¿" <- merungut. Hahaha!


Tahun lepas (2017) bulan Ramadhan kebetulan jatuh pada hari cuti sekolah pertengahan tahun. 2weeks budak sekolah bergembira puasa atas katil jeww kat rumah.. tapi sama je tak penuh pun 2weeks tu.. lols. But this year, awal puasa kebetulan mid-year exam. Hahaha.. mendapatlah masing2.


So awal puasa tu dia pergi sekolah.. puasa. Balik je.. "Mumy, tadi saya haus sangat pastu saya beli air. Tapi saya puasa sebab belum makan lagi!"


"What?? #@£&##%\¢¿" <- Now Mumy pulak merungut.


Sebabnya bukan sahaje nak suruh dia puasa dengan betul, tapi risau badan dia makin naik. Baju raya awal2 bulan 3 dah beli siap nak oi!


Alhamdulillah.. entah apa kekuatan dia (dan kesungguhan Mumy bangun setiap hari untuk buatkan sahur) buat dia terus istiqomah. Gitew.. dia start 1st day dengan muka manis masa Mumy balik, siap cakap "Mumy, saya puasa lagi harini." Alhamdulillah..


Bagi belanja RM2 even dia taknak (biasanya RM3) saje nak spare kut2 kena beli ape2 kat sekolah kan.. So hari2 masuk tabung tapi 2weeks terakhir dia pandai dah.. beli air kotak sedap sikit pastu bawak balik untuk berbuka. Hahaha aduhai kakak..


So, as a result.. dia susut sikit.. baju longgar even masa dapat tu muat2.. gegegeee... bila raya.. dia kuat makan semperit dengan mama carie.. habis kat dia je kuih tu.. risau gak berat naik balik tapi harini nak pegi taekwondo..


"Mumy, kenapa saya tak boleh ikat tali pinggang ni?"


Mumy pun ikatkan.. "Ok dah."


"Tapi.. longgar!"


Hahahahaaa... uiii baguslah kakak... hahahaha semoga awak terus susut dapat berat ideal dan membesar dengan jelita seperti Mumy. Lols.


No comments: