Sunday, August 5, 2018

REPUT

Cannot sleep.. :(

Memandangkan umur dah 3.5 dekad, aku rasa aku dah mereput. Eh, last 2 years aku dah rasa reput dah. Akibat 'diyakini' - bukan sebab ramai yang mengorat, tapi 'ditenangkan secara fizikal dan mental' - aku cuba menerima istilah 'muda' untuk digunapakai kat diri aku ni. Tapi semakin hari aku semakin risau, semakin lama aku semakin resah, ada je tak kena lagi2 melibatkan 'hati'.

Sedari awal, aku cuba meletakkan 'timeline' diri. Umur sekian - tak boleh ini. Umur begini - tak boleh itu. Umur macamtu nanti dah takde value. Bila pihak 'lain' dengar, aku selalu kena gelak, dinafikan dan tak percaya dengan aku. Aku keep on repeat 'dah tua.. dah tak boleh.. dah tak mampu.. dah tak sesuai..' Aku sedar semua tu sebab aku ada anak umur 9 tahun yang sedang membesar. Aku kena set target untuk dia, masa depan dia, cita-cita dia.. aku dah tak rasa 'cita-cita' aku sebagai priority. Aku letak dia di depan semua benda yang aku fikir, yang aku nak buat. Kalau umur sekian aku nak 'ini', dia dah berapa tahun.. Kalau aku nak 'itu' tahun depan, dia dah 10 tahun. Kalau lagi lambat - macamana?

Secara drastik, tahap kerisauan aku melebihi jangkaan. Aku berfikir luar kemampuan, aku bertindak di luar akal, aku jangkakan situasi menakutkan.. aku sentiasa 'takut' dan 'tak boleh'. Orang lain tengok potensi aku dan cakap - aku mesti boleh dan mampu lakukan. Tapi aku nafikan sampai ke sudah. Pada aku, lagi 5 tahun aku dah nak sampai tahap yang semua perempuan tak nak hadap. Adakah aku mampu lalui sendirian?

Sebab tu aku perlu sentiasa ditenangkan. Aku perlu sentiasa dinasihatkan tentang 'perasaan' yang aku takutkan tu.. aku perlu 'ditemani' setiap masa untuk diyakinkan.. aku tau lama-lama ada yang bosan. Tapi orang tak rasa apa yang aku dah rasa (ayat cliche) tapi itulah ayat yang menggambarkan keseluruhannya. Aku tak mampu nak kata apa.. aku sentiasa takut dengan timeline yang aku letak. Aku sentiasa fikir 'kalau tak tahun ni, tahun depan dah terlambat' dan itu menyekat pemikiran aku terhadap semua benda.. Otak aku bergerak setiap masa untuk menjayakannya.. Tapi bila aku tengok tiada 'reaksi' sepatutnya.. apa yang aku rasa? Semua macam mendatar.

Salah ke pertanyaan aku? Salah ke pemikiran aku? Melampau ke perbuatan aku? Aku sebatang kara, aku perlu sesuatu untuk diyakini. Aku perlu sesuatu yang membuat aku sentiasa boleh menerima hakikat ini.. Aku tak sentiasa boleh hadap situasi menyakitkan macam ni.. Aku tak mampu bertahan lagi.. Dengan bermacam dugaan peribadi, persekitaran, semasa.. macammana aku nak harungi?

*seriously I need a very long and beauty sleep to rest my mind, my heart and my soul. Or should I need to sleep forever..

No comments: