After years..
Sebagai seorang warganegara yang layak, aku memang dapat rawatan pergigian dari zaman sekolah rendah. Masa kat SKA, dentist kitorang mak kawan kitorang jugak - Khalida. Dia memang kategori kaya la.. anak dokter kan.. rumah pun kat area atas yang sederet rumah macam castle tu entah rumah sapa tah. Tapi rumah dia kategori A lah kat area kitorang.
Masa aku diperiksa kesemua dentist zaman sekolah, selalu 'terlepas'. Even zaman menengah, ada je member yang kena tahan lepas check-up. Tahan means - 1st check, semua kena. 2nd check tu yang dipanggil saje. Tu lah maksudnya kena tahan. Aku selalu pikir aku akan kena 2nd time sebab dari kecik ayah tak bagi gigit plastik kopok guna gigi depan tapi aku tetap meneruskannya. Hasilnya, gigi depan menjadi rabbit. Lulz.
Selepas zaman persekolahan, memang aku takde langsung terlintas nak cari dentist. Entah bukan berlagak ke ape tapi aku pikir kena bayo ni ahaha.. apa yang berlaku? Aku kena cek gigi masa preggy. Kahkah! Mana mau lari mumy.. time ni aku berserah saje. Aku cuma harap aku tak melompat masa di-check. Sapa tau kan.. last sekolah tahun 2000. Preggy tahun 2008. Aku pikir kalau orang kawen maybe anak dah 8 hahaha! Choi sungguh.
Masa tu actually aku ada monthly check-up kat klinik kesihatan tu. Rasanya masa tu baru 2-3bulan preggy sebab ada makhluk menemani. Pastu sampai ke sudah mana dia nak folo aku check-up. Bodoh sungguh mumy.. okbai. Pastu nurse cakap, ok awak nanti pergi klinik gigu buat appointment ok. Nasib baik klinik kesihatan kat Ampang memang bersekali dengan klinik gigi. So aku terus pergi dapatkan appointment. Nurse situ cakap, dentist ada ni.. patient pun takde. Nak check sekarang tak?
Oh mai! Aku lagi la dupdap-dupdap. Rasa nak uk-uk time tu jugak! Kahkah! Dalam otak ni ligat pikir soalan apa dokter nak tanya and what is de best way to answer it properly. Oh maybe - professionally. But then.. dentist cuma tanya.. bila last check gigi? Aku cakap masa sekolah dulu.. ehehehe.. Disebalik topeng mulut dentist tu aku nampak dia senyum. Ape? Dentist is gegirl ok! Kalau tak kompom aku awkward. Pastu dentist cakap, 'Gigi cantik, takde masalah. Kita cuci je ok?' Aku be like.. what?? Gigi cantik? Tau tak aku kena kutuj rabbit for years?? Aduhai.. aku patut rekod buat video kenang-kenangan!
Start pada tu aku ada sikit rasa bangga juga la.. ahaha.. tapi aku masih tak faham lah apa maksud dentist. Adakah dia perli? Emm.. ok abaikan. Si makhluk juga pernah cakap gigi aku cantik susunannya. Aku cuma diam sebab aku asek pikir orang 'perli' kot.. then after years jugek.. ahahaha.. aku ke Klinik Pergigian Bangsar sebab sakit gigi. Pada 2014 - selepas krisis perang badar dalam hidup aku, dan aku cuba menerima 'perjanjian hudaibiah' versi penipu.. aku dibawa ke klinik ni. Cuma bayar RM1 dan dentist cakap benda sama. Gigi cantik dan hanya perlu cuci. Aku dah membayangkan gigi ni perlu dicabut sebab sakit namatey! Rupanya sebab bengkak dan bahagian ruang2 kecik tu ada makanan terselit celah gigi. Macam biasa, cuci saje.. perghh... lega mak nak!
2015. Masa tu aku agak 'mewah' sebab sale masyuk and kredit kad melindungi - kah! Aku bawak kakak sakit gigi ke private saje. Swipe jelah ape ade hal. Still, dentist cakap gigi cantik. Oleh sebab dia girl, aku cuba berani tanya. 'Apa maksud cantik ye dokter?' Dia cakap susunan tu cantik. 'Puan ada pakai braces ye?' What?? 'Eh, tak pernah pun dokter..' 'Oo.. ingatkan Puan ada pakai braces,' dia senyum. Aku terkulat la malu ahahaha. Sapa suh gatai tanya!
Now. 2018. Konon 2016 - 2017 - plan plan tak pergi2 jua.. plan ngan Ina berapa kali asek gagal. Lama2 gigi dah reput, ha! Amekkaw! Aku dah sakit ni about couple weeks tapi aku tengah sengkek, aku pikir sebab aku tak guna Sensodyne. Takpelah, gaji nanti beli. Tahan sikit pakai yang cikai. Sekalinya.. semalam, gatau makan Cadbury - almond pulek.. haaa tetiba rasa gigi macam tajam. Aku pun amek floss duk korek2 la buang sisa semua.. tak banyak pun tapi ada keras2.
Pahal almond keras namatey? Korek punya korek, terkeluar sesuatu objek putih tercalit setitis kaler merah. Aku tunjal 2 dengan hujung floss.. what? Gigi?? Oh mai!! Aku nganga luas kat cermin bedak Silky Girl yang murah ittew, maka penampakkan gigi aku dah pecah! Sampaikan darah dan dalam gigi tu sendiri masuk gigi2 pecah tu! Aku dah nak nanges.. habislah gigi cantik aku!! Huaaaaaaa...
Ok tadi aku pergi klinik gigi. Apa yang terjadi? Dentist kata boleh tampal for temporary or nak ubat hilang sakit saje. Aku tak nak buat kerja 2 kali. So aku kata teruskan saje eventho 2-3 kali tanya.. 'sakit tak?' Ahahaa.. hati tengah sakit, nak tambah lagi sakit gigi? I is kenot sisthurrr.. so, dentist pun kerjakan gigi aku.. kalau tak ok seminggu dua datang balik klinik. Kalau ok, boleh bertahan up to 3 months.
So.. itu sahaja kisah gigi saya pada hari ini. Eh actually ada post pasal klinik gigi in 2014 tapi aku hide malas nak ingat sebab post lama2 banyak naa 'makhluk asing di bumi Taj Mahal' gitew..
No comments:
Post a Comment