What?
Susahnya nak cari 'punca' untuk jatuh cinta. Sebab serik yang melampau pada kaum korang-korang ni, aku jadi macam.. hmmm.. ada, tak ada, tetap sama. Tak ada beza. Hat nafkah pon carik sendiri.. nafsu pon kau yang puas. Aku?
So atas dasar pengalaman aku dengan jantan tagune (wah, dah macam gelaran orang Hawaii plak! Kah!) Aku pun tak suggest diri aku untuk jatuh cinta lagi. Cinta ok.. cinta. Sayang is so easy. Cinta itu perlu dari hati. Setakat sayang, kawan2 lama semua aku sayang. Tak perlu nak tekel hati bagai. Tapi bab cinta.. macam lagu Aku Cinta.. peh peh.. feelings sat. Uhuk.
Ok now. What happen? Aku tak mahu cerita lah camana kekdahnya pertemuan - teguran - kerapatan - kebidasan - kecubafahaman - dan akhirnya keterbagian peluang itu terjadi. Ahahaha saitons sungguh ayat itu. But then, that is somewhat u can called 'chronology' terjadinya kisah ini. Ewah!
Bukan senang tau nak terima beliau. Dan bukan senang beliau nak masuk line. Dari nak dapat fon number sampailah nak text permulaan. Aku dok das je semua yang aku rasa tak kena. Kerja? Rokok? Makan? Penampilan? Penyakit? Eh semua benda aku kecam. Ahaha punyalah aku benci kat kaum tagune ni. Sampaikan selamba badak aku saun cakap 'laki semua sama' dan beliau masih bertenang dan sabar. Yes, that's the keyword. SABAR.
Aku sejenis tak sabar. Bukan penyabar. Dan hanya belajar sebut 'sabar.. sabar..' sampai masa - pom! Kahkah! Apa terjadi sepanjang dia dapat hati aku? Yes, aku ni di'sabar'kan oleh beliau. Dia ajar aku banyak benda yang aku perlu sabar. Juga benda yang tak penting untuk aku hiraukan supaya aku jadi penyabar. Juga sebab musabab aku mesti sabar. Eh, ada bezanya tau! Aku pun tak sangka. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar kejadian. Eh sampai orang peliklah aku tetiba mempunyai kesabaran sehebat itu!
Jenis aku, memang aku lebih suka lelaki decide. But then biarlah decision yang tepat. Sebab dulu aku bagi kaum tagune control dan ok aku tak mahu ulas sebab rosak artikel spesel ni nanti. Uhuhu.. so beliau simple. Aku tak reti, beliau decide. 1st time makan sama, terus dia decide. And 1st time keluar sama, terus dia bawak aku makan nasik tepi jalan! Ahaha.. and yes, aku kira lebih 100 kedai mamak kitorang dah pegi sepanjang tempoh bercinta. Lols.
Same goes to barang yang nak beli. Beliau nak belikan kasut, takde nak tanya aku nak pakai brand apa bagai. Pergi mall, masuk kedai. Pastu suruh aku belek-belek dan opkoz aku carik yang murah sebab duit orang kan.. tapi beliau tengok aku lost (or tau aku risau harga), pilih 2-3 jenis then suruh aku try. 'Haa ni lawa.. cuba jalan' hahaha ni aku lemah. Nak suruh catwalk 1 kedai. Kahkah. Aku jalan ala-ala pastu beliau kata ok kan? Aku kata mahai sikit, beliau kata ok ke tak? Aku angguk so terus beliau bagi sales girl and bayar. Sama gak beli sandal. Ada buy 1 free 1. Beliau masuk, tengok ramai orang belek-belek. Takde makna.. dicapainya 1 pair suruh aku try. Muat. Belek sikit, jumpa lagi 1 pair, muat. Ok cantik kata beliau. Apa lagi.. terus bayar. Ahaha! Aku be like..aduyai.. express naaa pacik oii!!
Aku suka laki yang relax macamni. Yang penting.. penyabar. Dia sabar punya lama semata nak dapatkan kepercayaan aku. Pastu baru dia tekel hati aku. Dan benda paling penting. Bab pilih kedai makan setiap kali ngedate. Eh, memang kalau aku tak cakap nak apa.. dia menuju je mana dia rasa ok. The best thing is.. selalu tempat berbeza. Dia takmo aku bosan kut.. so tukar-tukar. Tapi kalau nak makan betul-betul, bukan yang ringan-ringan (haa... pikir ape tu! Huh!) beliau akan makan tempat yang betul sedap. Biasanya aku akan komplen.. 'ala namo situ, macik tu suka awak' hahaha beliau be like.. 'mana ade.. takde maknanya' tapi pernah je beliau search yang lain sampai ke ceruk-ceruk semata aku takmo jumpa macik feveret dia. Lols. Tapi ayat biasa beliau.. 'jauh la yang.. saya lapar dah ni' Fine fine fine..
Benda lain.. sama saja. Yang penting bukan janji pelesu. Alah, pernah je kena..tapi pandai buat taulah akibat. Lols.
Kan aku dah cakap, laki semua sama saje. Kahkah! Ape.. nak marah lettew.. wekkk!!
So itu saja for the time being. Malas lah nak berjela.. kalau menjadi baru kita tepek gambar ye. Ahaha.. why so happy mumy? Eh, takkan nak nangis pulak! Muaxciked!
P/s: kepada yang dah ada pengganti tu.. pi main jauh-jauh k,. Syuh syuh.. jangan kacau cinta orang. Bahahaha!
No comments:
Post a Comment