Friday, August 24, 2018

HKL

Hantu Kak Limah!

Sehingga umur aku 35 tahun ni (yes, hakak dah tua nok!) Aku hanya tahu HKL is Hospital Kuala Lumpur. Dan yes, again.. rupanya tahun 2018 ni keluar pulak istilah baru HKL iaitu Hantu Kak Limah.

Kira2 10 tahun lepas (lebih kurang) masa tu viral movie Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid sekaligus melonjak nama beliau dalam karya filem macam ni. Aku tak pasti kalau dia memang top sebelum tu sebab aku kenal melalui filem zombie ni. Dengan pelakon yang hebat - ofkoz Awie! Aku memang enjoy abis. Dan filem dia expand dan lagi dan lagi sehingga lah filem HKL ni wujud. Sebelum ni orang taklah highlight sangat dengan title HKL ni. Tahun ni macam meletop2 mungkin dengan promo yang hebat, lagu yang legend dan ofkozlah- HKL kot!

Aku? Asalnya nak ajak Manda je.. tau2 dia dah tengok dengan yang lain.. then aku tunggu masa je lah orang tu ngajak.. tapi harapan je kot sebab beliau musti kata 'tunggu raya tahun depan keluar kat Astro.' Hmm.. Agak2 ada ke yang nak mengajak nih? Memanglah ada.. tapi aku tak mahu dengan depa.. so memang aku takkan melayan lah yang lain tu! Faham kan...

Tapi harini aku betul2 tercabar.. bak kata oghang Peghok, 'tecabo teman aih!'. Aku baru balik dari bawak anak2 jog dari pagi.. yang kononnya hanya jog.. tapi kejadian asalnya.. jog 15mins - then main taman 1/2jam - then makan Spaghetti Olio Seafood & Pepperoni Pizza Milano - then main Didi - pastu makan pulak aiskrim Snowball Bingsoo pastu beli barang Manda dan pulang ke rumah dengan penuh keletihan sebab memasing tumbang dalam Grab! Oleh kerana dah tumbang awal, so sampai rumah semua masih mamai dan nak sambung tidur. Tetiba tengok Opah Manda tengah bersiap2 nak keluar.

'Opah nak pegi mana?'

'Nak keluar dengan kawan opah tengok wayang.'

'Eh ye ke opah..'

'Yelah, opah nak tengok Hantu Kak Limah.'

Opah Manda pun suruh aku ambikkan Grab untuk dia then keluar bertiga dengan machik2 yang aku kenal.

Jam pukul 8 malam Opah Manda call mintak panggilkan Grab untuk balik. Sampai je rumah.. Manda tak tunggu lama.

'Opah tengok wayang ke?'

'Yelah. Opah tengok Hantu Kak Limah. Semua cakap best. Opah pun nak tengoklah. Rupanya Onyang pun tengok jugak Tok Yop bawak!'

Ah sudah! Aku tepuk dahi. Mana boleh jadi. Aku tak tengok lagi ni.. Sapa nak bawak aku ni???

#foreveralonemodeison
#dekattapijauh
#naktengokjugakkk

No comments: