Korang ada anak? Lelaki atau perempuan? Umur berapa?
Ok. Mine is a girl age 9. This chiquitita is so smart. Dari segi apa? Banyak.. mungkin sebab 'pengalaman' dia banyak jika dibanding dengan kanak2 seusia dia yang lain. Dia banyak tengok kesakitan dan kesengsaraan mumy since dia kecik dan.. mengalaminya sendiri seawal 6 tahun! Dijauhkan dari mumy dan ditegah untuk ingat kat mumy.. dan.. banyak lagi yang dia cerita dalam tempoh sebulan dia di 'neraka dunia' bagi dia tu. Bayangkan akibat kejadian tu dia jadi trauma dengan 'negeri' tu.. dan apa sahaja berkaitan mereka2 yang menzalimi my little doter pada waktu itu.. makan tahun jugaklah dia trauma. Sekarang dah tenang sikit.. but still tak mahu dengar beberapa 'perkara berkaitan'.
Ok cerita bermula. Aku memang agak strict dengan dia even dia seorang (tunggal). Manja is a must but kena dengar cakap mumy lah. Bukan manja yang semua dia betul, semua boleh dapat. Nope! But then, apa yang dia hajati aku cuba penuhi asalkan dia perform well. Dulu memang melekat je dengan aku. Mana nak pergi, mumy nak keluar, nak kerja, ot.. kalau boleh semua nak ikut. Yelah, dia masih trauma.. bangun tidur mumy takde kat sebelah je boleh buat dia menangis sepanjang pagi sebab dia pernah berjauhan. So rutin pagi (sampai sekarang) kalau nak keluar pagi (kerja, ot, ngedate- eh!) kena inform dia. Kejut sampai dia bangun (tak susah pun, panggil je kak.. kak.. kakakkkk...) dan tunjuk muka kita dah bersiap nak keluar. Then dia akan decide nak bangun ke, nak tidur bawah ngan opah ke.. atau sambung tidur dalam bilik. Simple.
Sejak tahun lepas, dia mula jadi bodyguard Pak-A. Asal nak keluar je- Manda. Sebab Luqman memang asek 'kakak.. kakak..' je kerjanya. Tu belum lagi ikut Abah, Achak, Opah.. kalau ikut Opah balik kampung, dia memang suka ke dusun pastu sungai (lata) tapi tengok jugaklah kalau ada yang bawak. Tapi kalau aku kata NO, memang tak pergilah. Achak pulak suka bawak pergi rumah Qaseh - Qalisha ataupun balik Behrang kampung Achik. Kadang ke Klang jumpa Kakak Pia ngan Abang Alif. Sebab tu lately mana dia nak ikut mumy sangat. Sampaikan kawan opis mumy yang bertanya, 'Manda mana? Lama tak bawak dia.' Mumy cuma boleh cakap, Manda dah kena book. Lulz!
Kalau dari segi kelakuan tu taknak cerita lebih lah. Dia punya disiplin dalam bilik, aku ajar kemas, lipat kain, simpan kasut mahal kat bilik, simpan barang mainan mahal, asingkan toiletries sendiri, buku sekolah, duit, semualah! Ada juga yang opah dia ajar macam cuci pinggan, jemur kain, sapu sampah.. dah 9 tahun boleh dah tau semua tu. Manda belajar basuh kasut sekolah umur 8 tahun. Masa tu mumy OT and memang balik je- pengsan! So opah dia cakap suruh ajar dia basuh sendiri tapi I be like.. 'orang pun ayah ajar masa std 4. Nantilah dulu..' tapi opahnya kesiankan mumy, so diam2 dia ajar and mumy balik OT je terus Manda cakap - 'Mumy, saya basuh kasut sendiri!'
Tapi bukan itu yang aku nak highlight harini. Ni pasal kecerdikan dia mengadjust mumy sesuki dia. Actually dah banyak kali 'terkena'.. asal nak ajak keluar weekend je, ade je aktiviti dia. Jadual dah full termasuk Taekwondo. Aku bengang jugak tapi nak buat macamana.. dia set semuanya.
Sempena Hari Raya Haji sekali Cuti Sekolah ni, aku pun ambiklah cuti 2 hari. Cadangnya boleh spend more time dengan chiquitita. Alih2 dia cakap..
'Mumy, Luqman raya kat sini tau. So hari Isnin, Selasa saya ikut Pak-A blablabla.. Raya nanti kitorang tengok lembu pastu blablabla.. Khamis kitorang pergi mandi swimming pool pastu Jumaat blablabla..'
I be like.. what?? 'Ei awak, mumy cuti lah Khamis, Jumaat. Kita tengok wayanglah jom! Mumy nak tengok Hantu Kak Limah.'
'Ala.. kitorang dah tengok haritu dengan Pak-A, Abah, Ibu. Mumy rehat jelah kat rumah ye.. mumy penat kan.. takpe rehat je..'
Hahahahahaa.. at this time aku dah ketawa sebab like.. hoi! Penat je aku cari masa nak treat ko kak oi! Ko pulak adjust jadual sesuki. Hmmm... aku geleng kepala dan aku cakap 'Fine. Taknak kawan!' Pulak diorang kesah? Hahaha!!
Harini. Khamis. Lepas isyak. Manda naik bilik. Actually mumy sedang kerinduan so mumy fikir nak tidur lah! Baru dapat sepotong wasap dan tiada sambungan mumy rasa macam.. hmm baik tidur!
'Mumy, esok saya teman mumy tengok wayang Hantu Kak Limah. Tapi bawak Nisa tau. Saya dah bagitau ibu. Takpun kalau mumy taknak tengok wayang, kita pegi jogging pun ok.'
Hah? Eh eh jap.. ni ape ni? Sesuki je eh-
'Awak dah bagitau ibu? Kenapa tak tanya mumy dulu?'
'Alah, takpe lah mumy. Saya ok je teman mumy tapi bawak Nisa tau. Kesian dia. Luqman nak balik dah ni-'
Oh.. patutlah nak teman mumy. Sebab plan esok tak jadi. Tunda Sabtu. So dia bosan duduk rumah, dia set plan untuk kita pulak? Gitu?? Grrr... maroh ni..
'Hmm, takpelah. Mumy letihlah kak. Mumy nak tidur je esok. Mumy taknak keluar, taknak tengok wayang. Kan awak dah taknak ikut mumy. Pergilah berdua ngan Nisa, pegi naik Grab.'
'Janganlah mumy.. ala jomlah mumy. Jogging je boleh lah takpe tak payah tengok wayang.'
Tau pulak dia kos berjogging is cheaper than wayang. Hahahaha!! Kelakar lah ko ni kak..
Aku pun, apalagi. Macam2 syarat aku bagi. Buatkan air Milo suam untuk mumy, jangan nakal, tidur awal, siapa degil esok terus cancel. Hahahaha.. kena gertak juga sekali-sekala. So itulah dia.. betapa smartnya my chiquitita mengalahkan mamacita! Yes, I cannot explain the exact situation here but itulah lebih kurang. Kalau tengok memang aku menahan ketawa je tadi.. siap tentukan pukul berapa nak keluar bagai. Aku dulu umur 9 tahun masih mengekor belakang bontot mak, tidur bawah ketiak ayah dan nak buat decision sendiri memang TAKLAH! Sebab tu bengap sampai ke sudah..
No comments:
Post a Comment