Apa pengertiannya?
Secara dasarnya ialah melepaskan sesuatu milik kita.. untuk orang lain atau ke arah kebaikan/ kebajikan. Itu yang aku faham. Seperti yang kita tahu, setiap Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji) mesti ada yang buat korban atau aqiqah (qeqah) dan setahu aku daging tu afdhal dimasak dan dijamu kepada yang memerlukan. Atau dijamu kepada semua.. biasanya penduduk setempat.
Tapi perlu diingat, raya haji ni bukan semata buat korban atau qeqah. Benda yang selalu orang kejar ialah buat ibadah haji di Mekah. Impian? Siapa taknak jejak Mekah? Berdoa depan Kaabah? Dengan segala kepayahan dan kesengsaraan yang aku alami selama ni, aku nak sangat sujud depan rumah Allah SWT sambil menangis dalam doa yang panjang.. mengadu nasib yang malang sambil berharap kebahagiaan yang diidam.. sebab aku dapat rasakan semakin lama semakin berat cabaran yang datang. Dan kalau lah boleh, aku nak pergi terus ke sana dan semoga ajal di sana juga. Tak payah balik sini dan bersedih lagi..
Ok, back on track. Bukan aku seorang je yang teringin ke sana. Percaya atau tak? My chiquitita pun sama!! Yes, so unexpected! Pada usia 9 tahun si anak kecil yang bijak ini menyimpan hasrat ke tanah suci. Asalnya, pagi tadi masa makan nasi impit kuah kacang and rendang ayam.. aku tengok tv. Astro Oasis tak silap. Ada pasal kembara umrah something tajuk dia.. masa baru on channel tu dia tengah cakap pasal 'tahallul'. Aku pun cam nak tau tetiba.. pastu ada Ustaz Don. Dia pun terangkan.. lepas Saie ialah Tahallul iaitu mencukur atau menggunting. Kalau lelaki seeloknya mencukur sebab pahala 3x lebih dari menggunting.
Tetiba Manda pun start tanya.. (ok. Actually aku tak sedar dia fokus pada rancangan tu. Sumpah aku tak sedar sebab dia asek cakap nak kuah sayur tapi sayur tu kurang kuah so aku fikir dia moody dan tak fokus rancangan tu).
'Mumy, kalau perempuan.. dia kena botak jugak ke?'
Dan.. Sebenarnya aku pun tengah fikir benda sama! Allahu.. malu aku sebab memang tak pernah ambik tahu hal ni. Ye, aku teringin tapi tak sampai tahap nak memahami dan ambik tahu secara bersungguh.
'Sebenarnya kak.. Mumy pun tengah fikir jugak ni. Takpe mesti dia bagitau lepasni.'
Then muncul seorang perempuan (tak pasti ustazah ke ape) terangkan tahallul versi perempuan iaitu memotong rambut sepanjang ruas jari. Aku pun tunjuk la kat Manda.. 'haa.. potong macam Ustazah tu cakap. Panjang ni je.. tak payah botaklah.'
'Mumy, boleh tak kita pergi sana? Saya teringin sangat nak pergi. Mesti best.'
'Boleh, insyaallah. Simpan duit belanja sekolah. Jangan lah asek habiskan je..' sambil jari aku tekan manja hidung dia. Terkekek dia gelak sebab memang lately liat beno nak saving belanja. Berdoalah kakak.. ada rezeki, sampailah kita.. amin..
*sedang berkorban.. masih berkorban.. dan entah sampai bila mampu bertahan..
No comments:
Post a Comment