Monday, August 20, 2018

MAJLIS KAHWIN

Tapi bukan aku!

Selesai sudah majlis perkahwinan anak Encik Roslin (Abg Lin) iaitu Nur Ezzati (Zatie) yang aku kenal masa ot kat UTC 3 tahun lepas. Masa tu, aku terdesak tak boleh buat sale atas gangguan someone (aka makhluk) dan aku baca email yang offer ot kat sana. Sekarang ni dah tak buat dah sebab ada komitmen lain weekend. Wink!

Sebenarnya.. Abg Lin ni aku kenal masa baru masuk kerja. Beliau otai SPD dan suka gila menyakat! Tapi aku ni kan jenis pasif (kah!) So aku kurang pun disakat. Dia sakat tengok orang juge.. lepas aku ditukar ke kaunter, aku pun lama tak nampak dia. Camana aku boleh rapat? Haaa... ni kes chiquitita yang sesuki menegur orang dalam lif masa dia taska kat opis. Masa tu Abg Lin under Prasarana. So bila Manda ni dah 'hi uncle' and the gang. Memang satu gang suka tanya aku pasal dia. Anak mana? Dah tak anta sini? Berapa tahun dia? Dah besar rupanya.. ok puas mumy jawab kak oi!!

Setelah 10 tahun kat kaunter, aku dah ok sikit bila ditegur oleh otai2.. kalau yang muda aku masih agak pasif unless dipanggil 'kakak' baru aku layan cakap. Bila aku ot kat UTC under recommendation KT Merah, dia kenalkan lah Zatie kat aku. Dia bagitau itu anak Abg Lin. What? Aku ingat Abg Lin anak kecik lagi.. wah.. awet muda pak hang tie oi! Zatie ni antara yang terawal ajar aku kat UTC. Masa tu ROB dah upgraded so banyak yang aku macam err.. krikkrik! Aku dah ada basic ROB sebab dulu selalu kena tugas luar kat DBKL, KPDNKK and Mobil Counter tapi sistem baru dengan suasana dan tekanan kat UTC ni memang so challenging..

Zatie ni dah tau hal aku sebab bos bocoq rasia masa tu.. dan KT Merah pun dah bagitau dia supaya paham apa yang berlaku. Then Zatie dapat 'contract' sebab sebelum ni dia PTS. Tapi kat Pahang. Sedih la sebab aku selalu bergantung kat dia masa ot! Haha.. nasib baik ada Wawawa dan Hawa yang setia mengajar hakak yang dah veteran ni. Uhuk! Tapi masa tu masih rapat sebab masing2 dah follow instagram. So kita masih rapat. Last year aku ada kursus tetiba dia text aku cakap dia pun ada! Ape lagi.. jejak kasih berlaku. Then dia mintak hp number sebab selama ni main dm saje. Aku pun bagi. Tak silap masa tu hari Selasa lebih kurang. Pastu dalam minggu sama tak silap hari Jumaat sebelum kul 11am macamtu dia wasap.

'Salam kak, free tak esok?' Aku tanya kenapa nak belanja ke? Haha pastu dia cakap sebenarnya esok (means Sabtu tu) dia bertunang. Mau tak terkejut badak Sumatera jadinye? Then suruh aku roger Hawa and Wawa pasal transport. Masa tu Wawa dah transfer HQ so anything jumpa kat HQ saje..

Masa hari tunang, Abg Lin was shocked! 'Aik, ko pun ade?' Dia tanya. Aku gelak je hahaha.. gelak jahat. Aku rasa dia baru tau aku rapat dengan anak dia. Then lepas selesai majlis, Zatie cakap.. 'aku nak korang jadi bridesmaid aku nanti-' uiks! Akak dah tua.. aku cakap. Ah takde takde.. kena jugak kata dia.. makanya, terciptalah grup wasap bridesmaid yang pada mulanya hanya 4 orang yakni Aku, Hawa, Wawa and Ecah pada bulan 12 last year. Tapi masa announced tarikh nikah, Ecah cakap dah register bizrun yang jatuh tarikh sama 18/8/18 so pass baju kat Nurul.

Pada awalnya, plan asal kami2 ni kena ada masa malam berinai sebab nikah Sabtu pagi. Tapi beberapa kali tukar plan, akhirnya Abg Lin nak nikahkan hari Jumaat lepas Asar. Jadi kami2 hanya jumpa pengantin selepas beliau 'sah'. Yang buat aku moody is.. aku piyed. Dah lah baju orange carrot. Lawa.. naik kaler dia tapi aku piyed kalau bocoq sumpah naik sungguh! Pulak 3 days before- mata aku kena bisul! Aduiyaiii cacat gambaq cheq! Punya la nak melaram tang mata. Yelah, menurut beauty advisor pada umur 30+ kena mekap more on mata untuk lebih menarik. Hmmm.. makanya, kelaut mood dengan emosi tak stabil..

Malam kejadian, kitorang tidur homestay. Memandangkan majlis kat Segambut, maka homestay dapat kat Jalan Ipoh. Balik Jumaat petang dengan baju t-shirt SSM nye.. semua sepesen saje. Datang pulak grup Seremban 5 orang. Memang lawa lah kami bergambar dengan pengantin malam tu. Oleh kerana ada tugasan bungkus telur and door gift, so kitorang balik homestay dekat kul 1am. Letih oii!

Hari kejadian.. aku ditugaskan dengan Nurul kat pintu gerbang (sepatutnya tempat laluan pengantin tapi ditukar saat akhir juga) untuk bagi door gift. Macam biasa, tugas dah diserah dan dah diarah seperti sepatutnya tapi ade saje yang nak tukar2 kan job kitorang ni. Last2 Nurul kata kita ikut jelah memakciks ni nak ape.. biaq depa puas ati kan.. barulah memasing sonyap.

Apa yang berlaku sepanjang aku kat laluan utama tu? Haaa... macam2 gelaran aku dapat.
'Eh, sejak bila jadi anak Abg Lin ni?'
'Awak keluarga dia ke?'
'Sama baju.. family Abg Lin ke rupanya..'
'Camana awak boleh sesat ke sini?'
'Eh eh.. macam kenal je ni..hahaha'
Dan aku cuba seprofesional mungkin menjawab dalam nada jenaka supaya semua senang hati..
'Family sesat. Hahaha'
'Sebenarnya, sayalah anak Abg Lin paling tua'..
Dan macam2 alasan aku jawab sambil ketawa. Ada yang tau, ada yang faham, ada yang blur..tapi ramaiiii sangat yang tak percaya. Mungkin tak nampak di mana 'link'-nya aku dengan family Zatie ni.. pulak tu, aku ni dah kategori reput, bukan macam gadis2 berbaju carrot yang lain..

Apapun, ini antara benda yang menggembirakan aku untuk tahun ni. Akhirnya selesai juga majlis adik kesayangan yang aku tunggu. Nak tunggu majlis sendiri lagi macam takde je kan.. lulz! Semoga aku tak dipilih lagi jadi macamni. Dah tua2 ni segan lah nak oii.. tunggulah majlis anak nanti..

No comments: